Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, August 2, 2011

Makluman sesi persekolahan sepanjang bulan Ramadhan

Pihak sekolah telah mengedarkan surat siaran berkaitan waktu persekolahan bagi kedua-dua sesi persekolahan pada 28 Julai lalu. Bagi sesi pagi, semua murid akan pulang pada 12.45 tengah hari kecuali murid tahun 4 yang akan pulang pada jam 1.10 petang , Isnin hingga Rabu sahaja. Hari Jumaat pula jam 12.00 tengah hari.
Sesi petang, semua murid akan pulang pada jam 5.30 petang. Jadual waktu adalah seperti biasa, cuma dipendekkan ke 25 minit bagi satu masa. Semua murid dinasihatkan membawa keperluan pelajaran mengikut jadual biasa.
Makluman lain yang terkandung dalam surat siaran adalah cuti Nuzul Al Quran pada 17/8/2011 (Rabu) dan cuti pertengahan penggal ke 2 mulai 27/8/2011 sehingga 4/9/2011.

No comments:

Post a Comment