Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Thursday, April 28, 2011

Aktiviti Minggu Anti Dadah






Pelancaran minggu anti dadah telah dijalankan pada minggu lepas. Berbagai aktiviti sempena Minggu Anti Dadah telah dijalankan. Pada hari ini (28/4/2011) satu ceramah berkaitan Penyalahgunaan Dadah telah dilaksanakan. Dua orang penceramah bersama dua orang pegawai yang lain dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)Daerah Petaling telah datang ke sekolah kita. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Encik Khairul dan Encik Zulhasni di atas kesudian beliau menyampaikan ceramah pada hari ini. Selain daripada itu, pameran poster berkaitan dengan dadah dan peralatan penyalahgunaan dadah juga dipamerkan.Tahniah kepada Unit Bimbingan Kaunseling diatas usaha murni ini....

Tuesday, April 26, 2011

Cikgu Rozi Dalam Kenangan

Pihak sekolah telah menerima berita sedih pada petang ini (26/4/2011). Berita kembalinya Cikgu Rozi ke rahmatullah. Semoga rohnya dirahmati Allah. Al Fatihah....

Saturday, April 9, 2011

Ketua Platun Perempuan Terbaik dan tempat ke 3 Pertandingan Kawad Kaki Daerah Petaling Perdana

Tahniah kepada pasukan SKS7 kerana telah mendapat tempat ke 3 dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Petaling Perdana. Selain itu, Ketua Pelatun SKS7 telah dianugerahkan Ketua Platun Terbaik Perempuan dalam pertandingan tersebut yang dijalankan di Sekolah Wawasan Subang Jaya. Syabas !!!



Thursday, April 7, 2011

Lagu Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Petaling Perdana

Seramai 31 orang murid SKS7 akan menyertai Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Petaling Perdana pada 9 April 2011 (Sabtu) di Sekolah Wawasan, Petaling Jaya. Sama-samalah kita menyokong dan mendoakan kejayaan mereka. SKS7 BOLEH !!!!



Video Pendidikan Tahun 1980an



Saksikan ceritanya. Banyak pengajaran yang dapat anda perolehi daripada cerita ini. Walaupun cerita ini sudah lama, tetapi masih relevan untuk ditonton. Realitinya...inilah senario anak-anak kita. Sama-samalah kita membentuk peribadi anak-anak kita.

Latihan Kebakaran Fasa 1

Latihan Kebakaran (Fire Drill) telah dijalankan pada 5 April 2011 (Selasa) untuk sesi pagi dan 7 April 2011 (Khamis) di sesi petang. Latihan kebakaran ini dijalankan untuk memberi latihan kepada semua warga SKS7 bagi persediaan sekiranya berlaku kebakaran sebenar. Hasil latihan tersebut mendapati masa yang diambil agak panjang iaitu selama 6 minit. Ulasan latihan telah dibuat untuk memperbaiki latihan kebakaran Fasa 2 nanti.


Perlantikan Ketua Darjah

Semua Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah telah dilantik secara rasmi pada 4 April 2011. Upacara ringkas perlantikan dan bacaan ikrar telah dijalankan pada hari Isnin semasa perhimpunan rasmi sekolah. Tahniah kepada semua Ketua Darjah dan Penolong. Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah.


Saturday, April 2, 2011

Friday, April 1, 2011

Foto Kem Akademik Sains Tasik Bera 2011




SKS7 Naib Juara Bola Baling Peringkat Daerah Petaling Perdana

Tahniah kepada pasukan Bola Baling lelaki kerana memperolehi Naib Juara Peringkat Daerah Petaling Perdana, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) pada 30 Mac 2011 yang lalu. Manakala pasukan perempuan hanya dapat bertahan sehingga peringkat suku akhir sahaja. Walau bagaimanapun , segulung tahniah kepada semua pemain dan guru-guru yang terlibat kerana menunjukkan semangat pemainan yang baik sepanjang kejohanan tersebut.