Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Thursday, November 29, 2012

BLOG PIBGSKS7 DIHENTIKAN MULAI DISEMBER 2012

Admin mengucapkan Terima Kasih kepada YDP, NYDP serta barisan AJK PIBG SKS7 Shah Alam serta Guru Besar dan Pentadbir serta guru-guru, tidak lupa kepada ibubapa murid-murid SKS7 Shah Alam yang telah menjadi follower blog ini. Blog ini terpaksa dihentikan kerana admin telahpun berpindah ke sekolah lain. Keputusan menghentikan blog ini diambil dalam mesyuarat AJK pada bulan Oktober 2012. Sehubungan dengan itu , sila rujuk laman sosial facebook pibgsks7 shah alam untuk mengetahui aktiviti serta makluman terkini. Blog ini akan menjadi sumber rujukan sekolah dan PIBG pada masa akan datang. Admin juga ingin memohon maaf diatas ketelanjuran kata mahupun perbuatan dalam mengendalikan blog ini. TERIMA KASIH........

SKOR LAGU SEKOLAH


Saturday, August 4, 2012

Tahniah - Encik Lutfee Ismail - Guru Besar yang baharu


PIBG mengucapkan tahniah kepada Encik Lutfee Ismail kerana telah dinaikan pangkat ke jawatan Guru Besar di sekolah ini mulai 1 Julai 2012. TAHNIAH...

Wednesday, May 9, 2012

Pelancaran Program Guru Penyayang

Pelancaran Program Guru Penyayang telah dijalankan pada waktu perhimpunan rasmi pada 7 Mei 2012. Tema bagi program ini ialah Cikgu Sayang Kamu. Dengan ini budaya guru penyayang akan ini diteruskan sepanjang murid berada di sekolah ini.




Thursday, March 29, 2012

Kem Kepimpinan Pengawas Sekolah

Kem ini akan dijalankan selama satu hari , 31/3/2012 , Sabtu mulai jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang di SKS7. Semua pengawas sekolahTahun 4,5,6 terlibat dalam kem ini.

Program Pemuafakatan Tahun 4 & 5

Program Pemuafakatan Tahun 4 dan 5 akan diadakan pada 31 Mac 2012, Sabtu jam 10.00 pagi. Semua ibubapa dan guru-guru yang terlibat diharapkan dapat hadir dalam program ini. Diharapkan ibubapa dan guru-guru yang mengajar tahun 4 & 5 dapat mencari kaedah untuk membantu anak-anak memajukan diri dalam bidang akademik khasnya. Selamat berbincang...

Saturday, February 18, 2012

Tahniah YDP PIBG SKS7


TAHNIAH!!!! Khas kepada Yang Dipertua PIBG SKS7 bagi Sesi 2012/2013, Encik Rahmat Bin Abd Mutalib kerana telah dilantik semula menjawat jawatan tersebut buat kali ke empat berturut-turut. Tahniah juga ditujukan kepada semua jawatankuasa ibu bapa dan guru-guru yang kebanyakannya adalah bekas AJK PIBG yang dilantik semula oleh ahli-ahli PIBG SKS7. Kepercayaan yang diberi kepada barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasanya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah ini terutama dalam bidang akademik, ko kurikulum dan sahsiah anak-anak kita. Tahniah sekali lagi.....

Foto AGM PIBG SKS7 Kali ke 9 (2012)





Friday, February 17, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKS 7 Kali ke 9 (2012)

Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012 mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua ahli PIBG yang akan membincangkan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada anak-anak kita. Selamat Bermesyuarat.....

Selamat Bersara Pn. Hjh. Che Dah





Friday, February 3, 2012

Majlis Khas Persaraan Guru Besar SKS7

Majlis tersebut akan dijalankan pada 11 Februari 2011(Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai program telah diatur bagi tujuan tersebut. Hari tersebut merupakan hari ganti persekolahan . Murid-murid sesi petang (Tahun 1 & Tahun 2) akan bersekolah di sesi pagi pada hari itu. Surat pekeliling berkaitan perkara ini telah diedarkan pada 3/2/2011. Harap maklum.

Wednesday, February 1, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9

Mesyuarat Agung PIBG SKS7 akan dijalankan pada :
Tarikh : 18 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dataran Warisan (Dewan Terbuka) SK Seksyen 7

Notis mesyuarat serta keratan jawapan kehadiran & cadangan usul akan diedarkan minggu ini. Sila kembalikan keratan tersebut sebelum 13 Februari 2012 (Isnin). Kerjasama amat dihargai.

Tuesday, January 10, 2012

Makluman Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2012

Kejohanan tersebut akan diadakan pada 13 Januari 2012 (Jumaat) melibatkan murid tahun 3,4,5, dan 6 sahaja. Surat siaran kepada ibubapa telah diedarkan pada 9 Januari 2012. Tarikh raptai bagi kejohanan tersebut ialah 11 Januari (Rabu). Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan.