Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Wednesday, December 28, 2011

Aktiviti sekolah tahun 2011

1. Hari Orientasi Tahun 1 & Pra Sekolah serta Hari Pembayaran Yuran Sekolah (2/1/11)
2. Hari Pertama Sesi Persekolahan 2011 (3/1/11)
3. Program Transisi Tahun 1 (4-10/1/11)
4. Majlis Pemuafakatan Tahun 6 (8/1/11)
5. Program Maju Diri (Tahun 4 & 5) (11-13/1/11)
6. Program Sekolah Selamat (18/1/11)
7. Mesyuarat AJK PIBG Kali ke 7 (18/1/11)
8. Merentas Desa SKS7 & sekolah ganti (22/1/11)
9. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 8 (29/1/11)
10. Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama (14/2/11)
11. Sambutan Maulidur Rasul (18/2/11)
12.Kem Bestari Solat 1 (26/2/11)
13.Kursus Kepimpinan (5/3/11)
14.Ujian Bulan Mac (8-11/3/2011)
15.Kem Akademik Sains -Tasik Bera, Pahang (25-27/3/2011)
16.Minggu Pencegahan Anti Dadah (4-8/4/2011)
17.Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua (25/4/11)
18.Kem Bestari Solat ( 21/5/2011)
19.PKSR 1 (23-27/5/2011)
20.Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga (22/6/11)
21. Hari Terbuka SKS7 (24/6/11)
22.Gotong Royong Perdana (25/6/11)
23.Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia (2/7/11)
24.Sukaneka Tahap 1 & Pra Sekolah (14/7/11)
25.Sukan Tahunan SKS7 2011 (16/7/11)
26.Minggu Pusat Sumber Sekolah & Minggu Kecergasan (25-29/7/11)
27.Percubaan UPSR (26-28/7/11)
28.Kem Bestari Solat (29/7/11)
29.Ujian Bulan Ogos (23-26/8/11)
30. Bacaan Yaasin dan Solat Hajat UPSR 2011 (8/9/11)
31. Sambutan Penutup Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia peringkat sekolah (9/9/11)
32.Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) -(13-15/9/11)
33.Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKS7 (21/9/11)
34.Mesyuarat AJK Aerobikton kali ke 2 (22/9/11)
35. Kem Bestari Solat (KBS ke 4) - (8/10/11)
36.PKSR2 (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN) - (14,17-21/10/11)
37. Kem Ko kurikulum & Hari Ko Kurikulum - (21-23/10/11)
38.Sambutan Hari Kanak-kanak (28/10/11)
39. Karnival & Program Aerobikton SKS7 2011 (29/10/11)
40. Hari Terbuka SKS7 (15/11/11)
41. Pengumuman Keputusan UPSR 2011 (17/11/11)
42. Hari Anugerah Cemerlang (18/11/11)

Thursday, December 8, 2011

Persekolahan Sesi 2012

Berikut adalah tarikh penting bagi sesi persekolahan 2012 :

2 Januari 2012 (Isnin) - Orientasi Murid Tahun 1 & Pra Sekolah
4 Januari 2012 (Rabu) - Hari Pertama Persekolahan Sesi 2012

Sehubungan dengan itu edaran surat sebelum cuti sekolah berkaitan persekolahan bermula 3 Januari 2012 (Selasa) dibatalkan. Diharap ibubapa/penjaga perihatin dengan tarikh tersebut. Selamat Tahun Baru 2012.....

Saturday, November 19, 2011

Foto Hari Anugerah Cemerlang 2011_a





Foto Hari Anugerah Cemerlang 2011_b





Wajah-wajah Keputusan UPSR 2011_a

Tahniah kepada 55 orang murid yang berjaya memperoleh 5A dalam UPSR 2011. Tahniah juga kepada semua murid-murid Tahun 6 yang lulus dan kepada yang kurang berjaya, cuba lagi dalam peperiksaan PMR nanti. Tahniah kepada SKS7 kerana memperoleh gred purata 1.89 yang dapat mengatasi gred purata PPD Petaling Perdana.




Wednesday, November 16, 2011

Pengagihan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012

Pengagihan wang tersebut akan dilaksanakan di Dewan Terbuka SKS 7 pada :

17/11 (Khamis) - Tahun 1 - jam 2.30 petang - 4.30 petang
21/11 (Isnin) - Tahun 2 & 3 - jam 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
22/11 (Selasa) - Tahun 4 & 5 - jam 11.00 pagi - 1.00 tengah hari

Surat edaran telah diedarkan pada hari ini. Harap maklum.

Thursday, November 10, 2011

Makluman semasa

Beberapa aktiviti berikut akan dijalankan sebelum cuti persekolahan :

15 November 2011 - Hari Terbuka SKS7
17 November 2011 - Keputusan UPSR 2011
18 November 2011 - Hari Anugerah Cemerlang

Buku teks (Skim Pinjaman Buku Teks) telahpun diedarkan mulai 9/11/2011 untuk sesi persekolahan tahun 2012. Kepada murid tahun 1, buku teks hanya akan diberi pada hari persekolahan 2012 nanti.

Tahniah kepada anak-anak yang akan menerima hadiah di atas kejayaannya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ini. Kepada anak-anak yang lain, teruskan usaha untuk mencapai kejayaan seperti mereka.

Perjuangan bola sepak SKS7 Piala Raja Muda terhenti

Pasukan bolasepak SKS7 telah kecundang dalam perlawanan separuh akhir Piala Raja Muda 2011 ditangan SK Bukit Subang.Perlawanan telah berlangsung di padang SK Sekyen 18 Shah Alam pada 9/11/2011. Keadaan padang yang berbecak serta saiz pemain-pemain lawan yang lebih besar telah menyukarkan kemaraan pasukan SKS7.

Walaupun tewas 2-3 dalam perlawanan tersebut, pemain-pemain SKS7 perlu dipuji kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sokongan, terutama murid-murid tahun 4, 5 & 6. Kita cuba lagi tahun hadapan.

PIBG dalam SINAR 5 Nov 2011

Tuesday, November 1, 2011

Pertandingan Bola Sepak Piala Raja Muda 2011

Siang tadi , pasukan bola sepak sekolah kita telah bertanding di padang SK Bandar Anggerik Shah Alam. Keputusan perlawanan bola sepak Piala Raja Muda 2011 : SK Seksyen 7 lwn SK TTDI Jaya seri 1~1. Tahniah kepada para pemain dan guru-guru yang telah bersungguh-sungguh berjuang. Kehadiran YDP PIBG membakar semangat juang pemain kita. Semoga kita lebih berjaya diperlawanan yang akan datang.

Puan Hajah Maznah dan Puan Shakina berpindah

PIBG mengucapkan Selamat Berpisah kepada Puan Hajah Maznah (Penolong Kanan Petang) dan Puan Shakina (Pembantu Am) kerana berpindah ke sekolah lain. Puan Hajah Maznah dinaikkan pangkat ke Sekolah kebangsaan USJ 20 manakala Puan Shakina berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 6. PIBG mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mereka. Terima kasih di atas kerjasama yang diberi kepada PIBG SKS7 selama berkhidmat di SK Seksyen 7.


Saturday, October 29, 2011

Meriahnya Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011

MERIAH!!!....begitulah andaian yang dapat dinyatakan kepada Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011 yang telah berlangsung pada 29/10/2011. Terima kasih kepada murid-murid, ibubapa/penjaga, guru-guru, bekas murid SKS7, peniaga-peniaga, pasukan band dan penyanyi jemputan serta masyarakat setempat yang menjayakan karnival ini.Beriadah sambil beramal, itulah slogan yang berjaya menarik pengunjung ke Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011. TAHNIAH !!!!



Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011 meriah....02





Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011 meriah....03





Foto Sambutan Hari Kanak-kanak SKS7 - 28/10/2011





Friday, October 28, 2011

Kemuncak Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011

Tuan Puan dijemput hadir ke Karnival Aerobikton SKS7 & PIBG pada;

29 Oktober 2011
Sabtu
7:30pagi ~ 2:00petang

Banyak aktiviti menarik telah disusun-atur;
- Acara Senamrobik
- Rumah Hantu
- Car Boot Sale
- Jualan makan minum
- Tayangan Amal
- Menunggang Kuda
- dan beberapa permainan lain

Semua pembayaran penyertaan akan menggunakan sistem kupon. Kupon telah mula dijual mulai sekarang sehingga hari kemuncak. Satu set kupon bernilai RM5.00.

Semua murid, ibubapa serta masyarakat setempat dijemput hadir untuk memeriahkan hari tersebut.

Sambutan Hari Kanak-kanak 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah akan disambut pada 28/10/2011 (Jumaat). Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memenuhi sambutan kali ini. Antara aktiviti yang dirancang ialah jemputan maskot Si Pintar dari majalah Kuntum serta persembahan murid-murid. Pada hari berkenaan juga Tokoh Murid akan diumumkan.