Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, September 28, 2010

Kemuncak Program Bacaton & Jamuan Hari Raya PIBG



Hari Sabtu, 2 Oktober 2010 ini adalah hari kemuncak program Bacaton 2010 akan lebih bermakna dengan jamuan hari raya . Surat pekeliling berkaitan program akan diedarkan pada hari esok (29/9/2010). Selaras dengan itu, hadiah-hadiah kepada para pemenang program sedang disediakan dan bersedia untuk disampaikan kepada ibubapa dan kelas yang dapat mengumpul sejumlah wang yang lebih banyak dari yang lain. Jawatankuasa PIBG telah memutuskan untuk menyediakan dua buah basikal kegemaran anak-anak sebagai hadiah bagi yang dapat mengumpul wang terbanyak melalui kad Bacaton. Selain itu hadiah-hadiah lain berupa hamper dan wang juga disediakan bagi kategori yang tertentu. Ini juga termasuk aktiviti membaca yang menjadi teras kepada Program Bacaton 2010 ini.

Bertepatan dengan bulan syawal, jawatankuasa PIBG bersetuju untuk menjadikan hari Bacaton itu juga hari raya bagi PIBG SK Seksyen 7 Shah Alam. Makanan utama disediakan oleh pihak jawatankuasa PIBG. Ibubapa juga dialu-alukan membawa makanan-makanan tambahan (potluck). Pakaian yang dicadangkan ialah pakaian hari raya -berbaju melayu & baju kurung. Program Bacaton dan jamuan hari raya akan bermula jam 8.00 pagi dan dijangka akan tamat pada jam 12.00 tengahari. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.

Friday, September 24, 2010

Saturday, September 18, 2010

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Selamat menghadapi Peperiksaan UPSR kepada semua murid Tahun 6. Doa dan restu daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan mengiringi semua murid Tahun 6 agar dapat menjawab semua soalan yang diberikan dengan tenang. Diharapkan agar semua murid Tahun 6 dapat menjaga kesihatan sepanjang minggu peperiksaan tersebut.
Berikut adalah jadual peperiksaan:
21/9/2010, Selasa , 8.15-9.05 - Bahasa Melayu (Pemahaman)
21/9/2010, Selasa , 9.45-11.00 - Bahasa Melayu (Penulisan)
21/9/2010, Selasa , 11.45 - 12.25 - Mathematics Kertas 2
22/9/2010, Rabu , 8.15-9.05 - Mathematics Kertas 1
23/9/2010, Khamis , 8.15-9.30 - Science
23/9/2010, Khamis , 10.15 - 11.05 - Bahasa Inggeris Kertas 1
23/9/2010, Khamis , 11.45 - 1.00 - Bahasa Inggeris Kertas 2
23/9/2010, Khamis , 2.15 - 3.45 - Ujian Aptitut Tahun Enam

Sehubungan itu murid-murid berikut direhatkan pada hari UPSR tersebut.
21/9 (Selasa) : Murid Tahun 1, 3 dan 5 sahaja
22/9 (Rabu) : Murid Tahun 1 sahaja
23/9 (Khamis) : Murid Tahun 1, 2 dan 4 sahaja

Diharapkan semua ibubapa prihatin dengan jadual di atas.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2010