Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Friday, December 31, 2010

Makluman Awal Mesyuarat Agung PIBG SKS7 Kali Ke 8

Mesyuarat AJK PIBG Kali ke 6 (30/12/2010) telah memutuskan tarikh Mesyuarat Agung PIBG SK Seksyen 7 Kali Ke 8 bagi tahun 2011 ini akan dijalankan pada 29 Januari 2011 , Sabtu seawal jam 7.30 pagi. Notis mesyuarat akan diedarkan kepada ibu bapa dalam tempoh terdekat untuk memberi ruang kepada ibu bapa memberi maklum balas cadangan/usul yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu nanti.

Wednesday, December 29, 2010

Hari Orientasi Tahun 1, Pra Sekolah dan Pembayaran Yuran Sekolah

2 Januari 2011, Ahad merupakan hari orientasi Tahun 1 dan Pra Sekolah. Pentadbiran sekolah telah menetapkan jam 8 pagi adalah masa sesi taklimat kepada ibu bapa tahun 1 manakala pada jam 10 pagi pula sesi taklimat untuk ibu bapa pra sekolah. Pada hari tersebut juga ibu bapa boleh menjelaskan yuran sekolah (bayaran tambahan) sebanyak RM41.50, sumbangan PIBG RM50.00 , Hari Kanak-kanak & hari kecemerlangan RM5.00 dan Lalu lintas RM5.00 melalui guru kelas . Bayaran-bayaran kelengkapan lain sila berhubung dengan guru kelas anak masing-masing. Sila rujuk senarai bayaran di kedai buku dan di pondok pengawal sekolah jika ada kemusykilan. Pelan kelas adalah seperti di bawah.

Foto Hari Anugerah Kecemerlangan SKS7 2010





Senarai nama murid 5A UPSR 2010

ABDUL AMMAR BIN SHAHROM
ABDUL HAKEEM B NORHAMIZAN
ABHAR HAKIM B ABD HAMID
ADAM JOHAN B MUHAMAD AKRAMIN
AFIQ HASIF B AHMAD ILMI
AINA HANI BT ROHIME
ALISA RAFIQAH BT ADENAN
AZRI HILMI B NAZEROLLNIZAM
DAMIA ZULAIKHA BT AZIZI
FARAZAITUL AKMA BT SALLEH
FARISHA BT AZMI
FATIN NURFAKHIRAH BT HASMIZI
KHAIRUL EZATY BT KHAIRUL FAEZI
MOHAMAD HARIZ B MOHD SALLEH
MOHD ISQANDAR HAKIMI B ABDUL RAKESH
MUHAMMAD AIZAT B SUHAIZI
MUHAMMAD ALIF HAKIM B AHMAD LOKMAN
MUHAMMAD AMIRUL SHAH B HARUN SHAH
MUHAMMAD AMIRUL SHAHMI B SHAMZOL
MUHAMMAD DANIEL IMAN B HUSSAIN
MUHAMMAD FAIZ B ZAHREIN
MUHAMMAD IMRAN B SAMSUDIN
MUHAMMAD ISKANDAR B SHAHRUDIN
MUHAMMAD NAJMI B ZULKEFLE
MUHAMMAD WASSEEF B SUHAIMI
MUNIRAH BT MOHAMED HALID
NABIL AZFAR B AZMAN SHAH
NAJATUL ATHIRAH BT HJ MUZAFAR
NAZURA BT AZMAN
NOOR FAIQAH BT ZAIMI
NOOR SABRINA BT NOOR ASFIHAN
NOR AFFINA JASMEEN BT JUMAN
NUR ATIQAH BT AHMAD AZAM
NUR DAMIEA BT NOR AZMIE
NUR HAFIZA BT MOHD RAKBI
NUR HAZIRAH BT HAMDAN
NUR MARIAM BT ZUHAIRI
NUR NADHIRAH BT MOHD SAIROZI
NUR SYAFIQAH BT MUNAUWAR
NUR SYAIMA BT ZAINOL
NUR SYAIRAH BT MUHAMAD FARID
NURAIN SYAFIQEEN BT MOHD ROZI
NURHAZIRAH BT NOOR HISHAM
NURIN ZAHIRAH BT LOKMAN
NURSYAHADAH BT MOHD FAHARUDDIN
NURUL ALYA BT AZMI
NURUL DIYANA BT AZHARI
SAFWAH BT ABDUL RAZAK
SAIDATUL SOFIA BT MOHD SOFIAN
SALAHUDDIN AHMAD YUSOF B AZLAN HAMZAH
SHAZREEN ALIA BT SALLEHUDDIN
SITI AFIQA BT JALIL
SITI AYSHA BT ZULKEFLI
SITI NUR’ AISHAH BT MOHAMAD RAFI
SITI NURALISYA BT MOHD SHAHEER
THARUMANESHWARI A/P MUNIANDY
WAN MUHAMMAD ZAID B WAN ZAIDI

Foto Sekitar Keputusan UPSR 2010







Tahniah kepada murid-murid yang berjaya dalam UPSR 2010. Kepada yang kurang berjaya, jadikan dia penguat semangat untuk lebih berusaha pada masa akan datang. Seramai 57 murid telah berjaya memperoleh 5A pada tahun ini dengan gred GPS sekolah 1.98. Dengan memperoleh keputusan yang baik begitu, sasaran sekolah telah dapat dicapai. Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru SKS7 yang telah berusaha untuk mencapai kecemerlangan ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Foto Pemain dan Pengurus Bola Sepak SKS7 2010



TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN NAIB JUARA PIALA RAJA MUDA 2010.

Sunday, October 24, 2010

Foto Hari Kokurikulum SKS7







Hari Kokurikulum SK Seksyen 7 telah berlangsung pada 23 Oktober 2010(Sabtu). Tahniah kepada semua yang terlibat dengan hari kokurikulum ini. Antara aktiviti yang menarik pada hari tersebut ialah flying fox, paintball, masakan rimba dan gubahan bunga.

Terima kasih kepada YDP PIBG, Encik Rahmat yang telah merasmikan hari kokurikulum ini, AJK PIBG SKS7, Guru Besar SKS7, Puan Hjh Che Dah, barisan penolong kanan, guru-guru, jurulatih-jurulatih dari Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, murid-murid serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan Hari Kokurikulum SKS7 2010.

Foto Hari Kokurikulum 2010





Friday, October 22, 2010

Kem Bestari Solat ke-4

Kem Bestari Solat ke-4 akan diadakan pada 23.10.10 (Sabtu). Murid-murid yang terlibat hendaklah memakai pakaian sekolah. Kem tersebut akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Surat berkaitan kem telah diberi kepada murid-murid yang berkenaan. Walaupun dalam surat bekenaan menyatakan kem tersebut dijangka habis pada jam 12.30 tetapi pentadbiran sekolah menganggarkan kem ini tamat pada jam 12.00 tengah hari. Oleh yang demikian ibubapa bolehlah datang ke sekolah untuk mengambil anak tuan/puan pada jam 12.00 tengah hari. Harap maklum...

Thursday, October 21, 2010

Hari Kokurikulum 2010

Hari Kokurikulum SKS7 akan dijalankan pada hari Sabtu,23 Oktober 2010. Beberapa aktiviti telah diatur yang bertujuan menguji kemahiran dan pengetahuan ahli-ahli badan beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah & Puteri Islam.

Friday, October 15, 2010

Sambutan Hari Kanak-kanak 2010






Sambutan Hari Kanak-kanak 2010 peringkat Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam telah dijalankan pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) dirasmikan oleh Encik Rahmat Abd Mutalib, Yang Dipertua PIBG. Antara aktiviti dijalankan pada hari ini termasuk ucapan daripada YDP PIBG, Ucapan Guru Besar, persembahan daripada murid-murid dan penganugerahan tokoh kanak-kanak. Siti Nuralisya telah dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-kanak 2010. TAHNIAH & SYABAS !!!!

Thursday, October 7, 2010

Kem Kepimpinan dan Jati Diri

Kem tersebut akan dijalankan mulai 8/10 hingga 9/10 melibatkan 200 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 6, Tahun 5 & Tahun 4. Antara objektif kem ini adalah untuk memberi peluang kepada murid memupuk bakat kepimpinan melalui gerak kerja berpasukan dan individu dalam unit yang disertai. Kem yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum ini akan dikendalikan oleh semua guru di sekolah ini. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah ceramah kepimpinan, latihan dalam kumpulan, jalan lasak, senam robik dan senandung malam. Diharapkan kem ini akan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sunday, October 3, 2010

SKS7 Dalam Akhbar Hari Ini - 3/10/2010



Berita berkenaan dengan Program Bacaton 2010 & Jamuan Hari Raya mendapat liputan dalam dua akhbar utama negara hari ini, 3 Oktober 2010 . Akhbar Mingguan Malaysia di muka surat 19 & Sinar Harian di muka surat Sentral S5. Tahniah SKS7.....

Saturday, October 2, 2010

Foto Bacaton & Jamuan Hari Raya PIBG SKS7





Program Bacaton & Jamuan Hari Raya PIBG 2010






Program bacaton dan jamuan hari raya telahpun dilaksanakan. Terima kasih di atas sambutan daripada ibu bapa, guru-guru serta murid-murid sekelian. Terima kasih jua diucapkan kepada Tuan Nasirrahman bin Hj Saad Khiruddin, Setiausaha Keselamatan Negeri, majlis Keselamatan Negara, Negeri Selangor di atas kesudian tuan merasmikan majlis bermakna ini.

Tuesday, September 28, 2010

Kemuncak Program Bacaton & Jamuan Hari Raya PIBG



Hari Sabtu, 2 Oktober 2010 ini adalah hari kemuncak program Bacaton 2010 akan lebih bermakna dengan jamuan hari raya . Surat pekeliling berkaitan program akan diedarkan pada hari esok (29/9/2010). Selaras dengan itu, hadiah-hadiah kepada para pemenang program sedang disediakan dan bersedia untuk disampaikan kepada ibubapa dan kelas yang dapat mengumpul sejumlah wang yang lebih banyak dari yang lain. Jawatankuasa PIBG telah memutuskan untuk menyediakan dua buah basikal kegemaran anak-anak sebagai hadiah bagi yang dapat mengumpul wang terbanyak melalui kad Bacaton. Selain itu hadiah-hadiah lain berupa hamper dan wang juga disediakan bagi kategori yang tertentu. Ini juga termasuk aktiviti membaca yang menjadi teras kepada Program Bacaton 2010 ini.

Bertepatan dengan bulan syawal, jawatankuasa PIBG bersetuju untuk menjadikan hari Bacaton itu juga hari raya bagi PIBG SK Seksyen 7 Shah Alam. Makanan utama disediakan oleh pihak jawatankuasa PIBG. Ibubapa juga dialu-alukan membawa makanan-makanan tambahan (potluck). Pakaian yang dicadangkan ialah pakaian hari raya -berbaju melayu & baju kurung. Program Bacaton dan jamuan hari raya akan bermula jam 8.00 pagi dan dijangka akan tamat pada jam 12.00 tengahari. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.

Friday, September 24, 2010

Saturday, September 18, 2010

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Selamat menghadapi Peperiksaan UPSR kepada semua murid Tahun 6. Doa dan restu daripada ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan mengiringi semua murid Tahun 6 agar dapat menjawab semua soalan yang diberikan dengan tenang. Diharapkan agar semua murid Tahun 6 dapat menjaga kesihatan sepanjang minggu peperiksaan tersebut.
Berikut adalah jadual peperiksaan:
21/9/2010, Selasa , 8.15-9.05 - Bahasa Melayu (Pemahaman)
21/9/2010, Selasa , 9.45-11.00 - Bahasa Melayu (Penulisan)
21/9/2010, Selasa , 11.45 - 12.25 - Mathematics Kertas 2
22/9/2010, Rabu , 8.15-9.05 - Mathematics Kertas 1
23/9/2010, Khamis , 8.15-9.30 - Science
23/9/2010, Khamis , 10.15 - 11.05 - Bahasa Inggeris Kertas 1
23/9/2010, Khamis , 11.45 - 1.00 - Bahasa Inggeris Kertas 2
23/9/2010, Khamis , 2.15 - 3.45 - Ujian Aptitut Tahun Enam

Sehubungan itu murid-murid berikut direhatkan pada hari UPSR tersebut.
21/9 (Selasa) : Murid Tahun 1, 3 dan 5 sahaja
22/9 (Rabu) : Murid Tahun 1 sahaja
23/9 (Khamis) : Murid Tahun 1, 2 dan 4 sahaja

Diharapkan semua ibubapa prihatin dengan jadual di atas.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2010

Tuesday, August 24, 2010

Tabung Tumor Saraf Tunjang - ADAM

PIBG bersimpati dengan keadaan adik Adam Bin Akbar Ali (Tahun 2 Bestari) dan keluarganya kerana Adam mengidap penyakit tumor(ketumbuhan) saraf tunjang. Pembedahan pertama telah dibuat dan pembedahan susulan perlu dilaksanakan. Kos untuk rawatan susulan dianggarkan sebanyak RM140,000. Rawatan akan dibuat di salah sebuah hospital pakar di Singapura. Bapa kepada Adam merayu bantuan daripada pihak sekolah dan PIBG bagi mengisi tabung ini. Mesyuarat AJK PIBG kali ke empat bertarikh 14 Ogos 2010 bersetuju untuk menyebarluaskan maklumat untuk mengisi dana yang diperlukan.Pihak sekolah pula telah seminggu menggerakkan tabung bantuan ADAM dari kelas ke kelas. Wang yang terkumpul nanti akan diberikan kepada keluarga berkenaan.

Sekiranya ada di kalangan ibu bapa yang ingin menyumbang terus kepada keluarga berkenaan sila salurkan ke akaun MAYBANK 512101054830 AKBAR ALI BIN MOHAMED NOORDIN.Sumbangan anda amat dihargai.Sekiranya ada yang ingin mengetahui keadaan Adam sila kunjung di alamat sesawang http://adamstumor.blogspot.com



GAMBAR ADAM BERSAMA KELUARGA DAN SEMASA RAWATAN PERTAMA DI SINGAPURA

Monday, August 23, 2010

Pemberitahuan Persekolahan Semasa Peperiksaan UPSR 2010

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dijalankan mulai 21 September hingga 23 September 2010 (Selasa - Khamis). Sehubungan dengan itu untuk mengawal disiplin semasa peperiksaan UPSR hanya murid-murid berikut sahaja yang perlu hadir ke sekolah selain murid Tahun 6 yang mengambil peperiksaan.

21/9 (Selasa) : Murid Tahun 4 & Tahun 2 sahaja
22/9 (Rabu) : Murid Tahun 4, 5 & Tahun 2, 3
23/9 (Khamis) : Murid Tahun 5 & Tahun 3 sahaja

Murid-murid Tahun 1 direhatkan sepanjang UPSR dijalankan. Ini adalah kerana sebanyak 14 kelas akan digunakan bagi menampung keperluan murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan tahun ini.

Surat siaran berkenaan perkara ini telahpun diedarkan kepada ibubapa. Harap maklum.

Wednesday, August 18, 2010

Solat Hajat & Bacaan Yaasin Perdana

Solat Hajat & Bacaan Yaasin Perdana untuk murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 2 September 2010 (Khamis malam Jumaat). Program ini akan dipenuhi dengan berbuka puasa, solat maghrib dan isyak berjemaah, solat hajat, bacaan yaasin serta solat tarawikh berjemaah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon semua ibubapa terutama ibubapa yang anaknya bakal menduduki peperiksaan UPSR 2010 hadir dalam majlis ini. Sumbangan berbentuk kewangan daripada ibubapa amat diharapkan dan dihargai bagi menjayakan program ini. Sila sampaikan sumbangan anda melalui anak tuan/puan kepada guru kelas masing-masing.

Surat siaran Ujian Bulan Ogos 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan


YDP PIBG, Encik Rahmat telah dijemput melancarkan bulan kemerdekaan pada 14 Ogos 2010 (Sabtu). Pelbagai aktiviti telah diatur bagi memenuhi bulan kemedekaan ini seperti pertandingan membina monumen 1 Malaysia, pertandingan melukis poster kemerdekaan, pertandingan sajak patriotik dan sebagainya. Dengan aktiviti-aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik murid-murid SKS7.