Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, January 26, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG KE 7

Terima kasih di atas respon usul yang memberangsangkan. Idea bernas ibu bapa & guru untuk memajukan persatuan dan sekolah amat di dambakan. Kerjasama dan sumbangan idea, tenaga dan kewangan pasti membuahkan hasil. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya.
SELAMAT BERMESYUARAT pada 31 Januari 2010.

Tuesday, January 19, 2010

Bayaran Tambahan

Dimaklumkan bayaran tambahan (yuran sekolah) akan ditambah sebanyak RM3.00 untuk kokurikulum. Ini bermakna ibu bapa perlu menjelaskan sebanyak RM41.50 (bagi yang belum menjelaskan bayaran tambahan itu). Wang ini perlu untuk menggerakkan aktiviti kokurikulum seperti aktiviti panitia semua mata pelajaran, pertandingan ko akademik dan aktiviti-aktiviti unit beruniform dan kelab. Surat edaran akan dikeluarkan bagi tujuan tersebut.

Sunday, January 17, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 7

Mesyuarat akan dijalankan pada 31/1/2010, Ahad mulai jam 8.30 pagi di Dewan Terbuka SK Seksyen 7, Shah Alam. Semua ahli PIBG dijemput hadir.