Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Saturday, November 19, 2011

Foto Hari Anugerah Cemerlang 2011_a





Foto Hari Anugerah Cemerlang 2011_b





Wajah-wajah Keputusan UPSR 2011_a

Tahniah kepada 55 orang murid yang berjaya memperoleh 5A dalam UPSR 2011. Tahniah juga kepada semua murid-murid Tahun 6 yang lulus dan kepada yang kurang berjaya, cuba lagi dalam peperiksaan PMR nanti. Tahniah kepada SKS7 kerana memperoleh gred purata 1.89 yang dapat mengatasi gred purata PPD Petaling Perdana.




Wednesday, November 16, 2011

Pengagihan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012

Pengagihan wang tersebut akan dilaksanakan di Dewan Terbuka SKS 7 pada :

17/11 (Khamis) - Tahun 1 - jam 2.30 petang - 4.30 petang
21/11 (Isnin) - Tahun 2 & 3 - jam 11.00 pagi - 1.00 tengah hari
22/11 (Selasa) - Tahun 4 & 5 - jam 11.00 pagi - 1.00 tengah hari

Surat edaran telah diedarkan pada hari ini. Harap maklum.

Thursday, November 10, 2011

Makluman semasa

Beberapa aktiviti berikut akan dijalankan sebelum cuti persekolahan :

15 November 2011 - Hari Terbuka SKS7
17 November 2011 - Keputusan UPSR 2011
18 November 2011 - Hari Anugerah Cemerlang

Buku teks (Skim Pinjaman Buku Teks) telahpun diedarkan mulai 9/11/2011 untuk sesi persekolahan tahun 2012. Kepada murid tahun 1, buku teks hanya akan diberi pada hari persekolahan 2012 nanti.

Tahniah kepada anak-anak yang akan menerima hadiah di atas kejayaannya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ini. Kepada anak-anak yang lain, teruskan usaha untuk mencapai kejayaan seperti mereka.

Perjuangan bola sepak SKS7 Piala Raja Muda terhenti

Pasukan bolasepak SKS7 telah kecundang dalam perlawanan separuh akhir Piala Raja Muda 2011 ditangan SK Bukit Subang.Perlawanan telah berlangsung di padang SK Sekyen 18 Shah Alam pada 9/11/2011. Keadaan padang yang berbecak serta saiz pemain-pemain lawan yang lebih besar telah menyukarkan kemaraan pasukan SKS7.

Walaupun tewas 2-3 dalam perlawanan tersebut, pemain-pemain SKS7 perlu dipuji kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Terima kasih kepada mereka yang hadir memberi sokongan, terutama murid-murid tahun 4, 5 & 6. Kita cuba lagi tahun hadapan.

PIBG dalam SINAR 5 Nov 2011

Tuesday, November 1, 2011

Pertandingan Bola Sepak Piala Raja Muda 2011

Siang tadi , pasukan bola sepak sekolah kita telah bertanding di padang SK Bandar Anggerik Shah Alam. Keputusan perlawanan bola sepak Piala Raja Muda 2011 : SK Seksyen 7 lwn SK TTDI Jaya seri 1~1. Tahniah kepada para pemain dan guru-guru yang telah bersungguh-sungguh berjuang. Kehadiran YDP PIBG membakar semangat juang pemain kita. Semoga kita lebih berjaya diperlawanan yang akan datang.

Puan Hajah Maznah dan Puan Shakina berpindah

PIBG mengucapkan Selamat Berpisah kepada Puan Hajah Maznah (Penolong Kanan Petang) dan Puan Shakina (Pembantu Am) kerana berpindah ke sekolah lain. Puan Hajah Maznah dinaikkan pangkat ke Sekolah kebangsaan USJ 20 manakala Puan Shakina berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 6. PIBG mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mereka. Terima kasih di atas kerjasama yang diberi kepada PIBG SKS7 selama berkhidmat di SK Seksyen 7.