Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Saturday, August 27, 2011

Selamat Datang Pengarah Baru Jabatan Pelajaran Selangor


PIBG SKS7 mengucapkan selamat datang kepada Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor , Tuan Abdullah bin Mad Yunus mulai 22 Ogos 2011 yang lalu. Selamat Berkhidmat.

Monday, August 15, 2011

Jadual Peperiksaan Bulan Ogos 2011


Perjumpaan Ibubapa Murid Tahun 6 Bersama Pentadbir dan Guru-guru Tahun 6

Perjumpaan tersebut akan dijalankan pada 20 Ogos 2011 (Sabtu) jam 10 pagi di Dewan Terbuka SKS7. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk berbincang mengenai prestasi murid-murid Tahun 6 sebelum menghadapi peperiksaan UPSR pada pertengahan bulan September nanti. Diharap semua ibubapa berkenaan dapat hadir demi kemajuan anak-anak.

Perasmian Bulan Kemerdekaan Sesi Pagi - 12/8/2011






Perasmian Bulan Kemerdekaan Sesi Petang






Tuesday, August 2, 2011

Makluman sesi persekolahan sepanjang bulan Ramadhan

Pihak sekolah telah mengedarkan surat siaran berkaitan waktu persekolahan bagi kedua-dua sesi persekolahan pada 28 Julai lalu. Bagi sesi pagi, semua murid akan pulang pada 12.45 tengah hari kecuali murid tahun 4 yang akan pulang pada jam 1.10 petang , Isnin hingga Rabu sahaja. Hari Jumaat pula jam 12.00 tengah hari.
Sesi petang, semua murid akan pulang pada jam 5.30 petang. Jadual waktu adalah seperti biasa, cuma dipendekkan ke 25 minit bagi satu masa. Semua murid dinasihatkan membawa keperluan pelajaran mengikut jadual biasa.
Makluman lain yang terkandung dalam surat siaran adalah cuti Nuzul Al Quran pada 17/8/2011 (Rabu) dan cuti pertengahan penggal ke 2 mulai 27/8/2011 sehingga 4/9/2011.

Foto Kem Bestari Solat dan Aktiviti Moral





Foto Minggu Kecergasan