Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Saturday, February 18, 2012

Tahniah YDP PIBG SKS7


TAHNIAH!!!! Khas kepada Yang Dipertua PIBG SKS7 bagi Sesi 2012/2013, Encik Rahmat Bin Abd Mutalib kerana telah dilantik semula menjawat jawatan tersebut buat kali ke empat berturut-turut. Tahniah juga ditujukan kepada semua jawatankuasa ibu bapa dan guru-guru yang kebanyakannya adalah bekas AJK PIBG yang dilantik semula oleh ahli-ahli PIBG SKS7. Kepercayaan yang diberi kepada barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasanya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah ini terutama dalam bidang akademik, ko kurikulum dan sahsiah anak-anak kita. Tahniah sekali lagi.....

Foto AGM PIBG SKS7 Kali ke 9 (2012)





Friday, February 17, 2012

Mesyuarat Agung PIBG SKS 7 Kali ke 9 (2012)

Jawatankuasa PIBG Sesi 2011/2012 mengucapkan selamat bermesyuarat kepada semua ahli PIBG yang akan membincangkan perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada anak-anak kita. Selamat Bermesyuarat.....

Selamat Bersara Pn. Hjh. Che Dah





Friday, February 3, 2012

Majlis Khas Persaraan Guru Besar SKS7

Majlis tersebut akan dijalankan pada 11 Februari 2011(Sabtu) jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Pelbagai program telah diatur bagi tujuan tersebut. Hari tersebut merupakan hari ganti persekolahan . Murid-murid sesi petang (Tahun 1 & Tahun 2) akan bersekolah di sesi pagi pada hari itu. Surat pekeliling berkaitan perkara ini telah diedarkan pada 3/2/2011. Harap maklum.

Wednesday, February 1, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 9

Mesyuarat Agung PIBG SKS7 akan dijalankan pada :
Tarikh : 18 Februari 2012
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dataran Warisan (Dewan Terbuka) SK Seksyen 7

Notis mesyuarat serta keratan jawapan kehadiran & cadangan usul akan diedarkan minggu ini. Sila kembalikan keratan tersebut sebelum 13 Februari 2012 (Isnin). Kerjasama amat dihargai.