Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Monday, July 25, 2011

Aktiviti Minggu Ini & Makluman Semasa

Berikut adalah aktiviti yang akan dijalankan pada minggu ini (25-29/7/2011)

1. Percubaan UPSR (26-29/7/2011)- Murid Tahun 6 akan menghadapi ujian ini.
2. Minggu Pusat Sumber Sekolah - pelbagai aktiviti dirancang untuk mengisi minggu pusat sumber ini.
3. Minggu Kecergasan ( 1 Murid 1 Sukan)- antara aktiviti yang diadakan adalah ceramah dan senamrobik
4. (KBS)Kem Bestari Solat (29/7/2011)- untuk tahun 1 hingga tahun 3 sahaja.

Aktiviti ko kurikulum ditangguhkan sehingga selepas hari raya. Murid akan dimaklumkan mengenai perkara ini melalui perhimpunan.

Sempena bulan ramadhan, jadual waktu persekolahan sesi petang bermula jam 1.00 tengah hari dan berakhir jam 5.30 petang. Bagi sesi pagi, jadual persekolahan seperti biasa.

Sunday, July 10, 2011

Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR dan PAFA Tahun 6

Kem Teknik Menjawab Soalan UPSR dijalankan di Jabatan Haiwan Seksyen 15 hanya melibatkan murid-murid tahun 6 yang terlibat sahaja. Kem ini adalah anjuran Majlis Pemuafakatan Tahun 6 yang pada awalnya bercadang untuk mengadakannya di Port Dickson. Namun disebabkan beberapa perkara, kem ini hanya dapat dijalankan sekitar Shah Alam sahaja. Semoga kem ini berjalan lancar.
Penilaian Fardhu Ain (PAFA) akan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian setelah tarikh 9 Julai yang dicadangkan terpaksa dibatalkan atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Tarikh sebenar PAFA akan dimaklumkan kepada semua murid Tahun 6.

Wednesday, July 6, 2011

Tuesday, July 5, 2011

Tentatif Kejohanan Sukan Tahunan SKS7 2011

Berikut adalah tentatif Kejohanan Sukan Tahunan SKS7 2011;

6, 7, 11, 12 Julai - Sukantara rumah-rumah sukan
12 Julai - Raptai Sukaneka Tahap 1 dan Pra Sekolah
14 Julai - SUKANEKA - semua murid Tahap 1 akan hadir ke sekolah pada waktu pagi
15 Julai - Raptai Sukan Tahunan SKS7
16 Julai - KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKS7 2011 (STADIUM SHAH ALAM)

Sehubungan dengan itu sekolah akan bercuti pada 18 Julai 2011 (ISNIN). Pihak sekolah telahpun memaklumkan kepada semua ibubapa melalui sistem SMS berkaitan cuti tersebut.

SKS7 melakar kejayaan dalam pelancaran 1M1S peringkat negeri Selangor



SKS7 sekali lagi dinobatkan johan dalam pertandingan futsal 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia pada 2 Julai 2011. Sekolah telah menghantar empat kumpulan (team) bagi pertandingan yang diadakan sempena program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Team B futsal lelaki bawah 11 tahun menduduki tangga juara, manakala Team A futsal menjadi naib johan. Begitu juga Team B bola jaring perempuan bawah 11 tahun mencapai naib johan, manakala Team A bola jaring hanya mampu berjuang sehingga peringkat suku akhir sahaja. Tahniah kepada guru-guru pembimbing, pemain-pemain serta para penyokong pada hari tersebut. Pencapaian ini dapat merealisasikan Program 1 Murid 1 Sukan (1M1S). SYABAS....