Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Friday, September 23, 2011

Makluman Hari Aerobikton SKS7 2011

Berdasarkan keputusan mesyuarat AJK aerobikton kali kedua bertarikh 22/9/2011, kemuncak Hari Aerobikton SKS7 akan dijalankan pada 29/10/2011 (Sabtu). Ini adalah disebabkan beberapa perubahan aktiviti semasa sekolah. Berbagai aktiviti bagi memenuhi majlis penutup program Hari Aerobikton telah dibincangkan pada malam tersebut. Makluman akan diberikan dari masa ke semasa melalui pelbagai medium termasuk melalui surat, blog, facebook dan SMS.

PIBG SKS7 telah mendapat kelulusan menjalankan kutipan derma oleh pihak polis melalui kad aerobikton (kad kuning) seperti yang telah diedarkan dan mendapat lanjutan kelulusan sehingga tarikh 18 Oktober 2011. Oleh yang demikian, tuan/puan masih boleh meneruskan mencari penaja/penderma bagi mengisi tabung/dana PIBG sehingga tarikh tersebut. Pelbagai insentif berbentuk hadiah telah diluluskan pada mesyuarat tersebut bagi menggalakkan tuan/puan mencari penaja/penderma. Kerjasama tuan/puan amat dihargai. Surat berkaitan perkara ini akan diedarkan tidak lama lagi.

Friday, September 9, 2011

Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2011

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dijalankan pada 13/9 sehingga 15/9/2011. Selamat berjuang dan menjawab soalan kepada murid-murid tahun 6. Ibubapa dan guru-guru mendoakan kejayaan kalian.
Sehubungan dengan itu, murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 5 direhatkan pada hari-hari yang tertentu kerana banyak kelas digunakan bagi tujuan peperiksaan tersebut. Surat edaran berkaitan dengan cuti rehat telahpun diedarkan. Sila rujuk surat edaran.

Jadual Peperiksaan UPSR adalah seperti berikut:
13/9 - BAHASA MALAYSIA 1, BAHASA MALAYSIA 2 DAN MATEMATIK 2
14/9 - MATEMATIK 1
15/9 - SAINS, BAHASA INGGERIS 1, BAHASA INGGERIS 2 DAN UJIAN APTITUD

01- Bacaan Yaasin dan Solat Hajat UPSR 2011





02- Bacaan Yaasin dan Solat Hajat UPSR 2011