Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, July 5, 2011

SKS7 melakar kejayaan dalam pelancaran 1M1S peringkat negeri Selangor



SKS7 sekali lagi dinobatkan johan dalam pertandingan futsal 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia pada 2 Julai 2011. Sekolah telah menghantar empat kumpulan (team) bagi pertandingan yang diadakan sempena program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Team B futsal lelaki bawah 11 tahun menduduki tangga juara, manakala Team A futsal menjadi naib johan. Begitu juga Team B bola jaring perempuan bawah 11 tahun mencapai naib johan, manakala Team A bola jaring hanya mampu berjuang sehingga peringkat suku akhir sahaja. Tahniah kepada guru-guru pembimbing, pemain-pemain serta para penyokong pada hari tersebut. Pencapaian ini dapat merealisasikan Program 1 Murid 1 Sukan (1M1S). SYABAS....

No comments:

Post a Comment