Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, September 28, 2010

Kemuncak Program Bacaton & Jamuan Hari Raya PIBG



Hari Sabtu, 2 Oktober 2010 ini adalah hari kemuncak program Bacaton 2010 akan lebih bermakna dengan jamuan hari raya . Surat pekeliling berkaitan program akan diedarkan pada hari esok (29/9/2010). Selaras dengan itu, hadiah-hadiah kepada para pemenang program sedang disediakan dan bersedia untuk disampaikan kepada ibubapa dan kelas yang dapat mengumpul sejumlah wang yang lebih banyak dari yang lain. Jawatankuasa PIBG telah memutuskan untuk menyediakan dua buah basikal kegemaran anak-anak sebagai hadiah bagi yang dapat mengumpul wang terbanyak melalui kad Bacaton. Selain itu hadiah-hadiah lain berupa hamper dan wang juga disediakan bagi kategori yang tertentu. Ini juga termasuk aktiviti membaca yang menjadi teras kepada Program Bacaton 2010 ini.

Bertepatan dengan bulan syawal, jawatankuasa PIBG bersetuju untuk menjadikan hari Bacaton itu juga hari raya bagi PIBG SK Seksyen 7 Shah Alam. Makanan utama disediakan oleh pihak jawatankuasa PIBG. Ibubapa juga dialu-alukan membawa makanan-makanan tambahan (potluck). Pakaian yang dicadangkan ialah pakaian hari raya -berbaju melayu & baju kurung. Program Bacaton dan jamuan hari raya akan bermula jam 8.00 pagi dan dijangka akan tamat pada jam 12.00 tengahari. Kehadiran tuan/puan amat diharapkan dan dihargai.

No comments:

Post a Comment