Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Saturday, April 3, 2010

Hari Pembayaran Sumbangan PIBG

Mesyuarat AJK PIBG kali ke dua hari ini telah memutuskan pembayaran sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 dan bayaran keperluan (Hari Kanak-kanak dan Lalu Lintas) sebanyak RM10.00 boleh dibuat melalui dua cara iaitu:
a. Bayaran Terus Melalui Bank (No. akaun akan diberi kemudian)- Sila tunjukkan bukti pembayaran kepada guru kelas anak tuan/puan.
b. Membuka kaunter di Bilik PIBG pada Hari Pembayaran Sumbangan PIBG pada 24 April 2010 (Sabtu) yang merupakan hari sekolah ganti. Program ini akan dikendalikan oleh AJK PIBG (ibu bapa).
Sehingga hari ini (3 April) hanya 90 keluarga sahaja baharu menjelaskan sumbangan PIBG. Kedudukan kewangan yang minima menyulitkan PIBG untuk menggerakkan aktivitinya.PIBG memerlukan dana yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti yang telah dirancang.Surat siaran kepada ibubapa berkaitan perkara berkenaan akan diberi dalam waktu yang terdekat.

No comments:

Post a Comment