Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Friday, March 12, 2010

Puan Rafeah (PK HEM) Berpindah Sekolah


Puan Rafeah telahpun berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 , Shah Alam dengan menjawat jawatan yang sama (PK HEM). Terima kasih di atas sumbangan-sumbangan Cikgu Rafeah kepada SK Seksyen 7 sebelum ini. Cikgu Rafeah adalah antara guru yang terawal mengajar di SK Seksyen 7. SK Seksyen 7 kehilangan seorang guru yang penuh dedikasi dan bersemangat seperti Cikgu Rafeah. Diucapkan selamat maju jaya di tempat baru.

2 comments:

  1. Semua sedia maklum.. dah lama dia kat sini.. tiba2 pindah.. kenapa ye.. yg lain ambil iktibar lah..

    Byk perkara kena lalui. Yg pindah terpaksa buat rutin kerja baru di tempat baru, suasana baru, dapat boss baru, kena cari kwn baru yg tak tau lg mcmana perangai yg mana satu nak pilih dll. Belum tentu lg dpt tempat yg lebih selesa dr tempat lama.

    Yg tinggal pula, terpaksa tanggung kerja dia, ada orang yg kena tambah rutin kerja sementara tunggu org baru. Kalau dpt cepat pengganti pun, pasti tak akan sama dgn yg dah pergi. Kita belum kenal lagi hati budinya sebagaimana yg lama.

    Kalau dinaikkan yg lain pun pastinya akan ada juga jawatan yg kosong perlukan pengganti. Penggantinya yg mcm mana, dr mana asal, attitude bgmana dll. Kalau dpt yg lebih teruk, semua terpaksa tanggung impaknya. Kesimpulannya byk perkara dan persoalan perlu dilibatkan bila seseorang itu pindah.

    Setiap yg berlaku pasti ada dua faktor, penarik dan penolak. Yg mana lebih dominan yg empunya diri sedia maklum. Saya sendiri wlp tak berapa rapat dgn beliau, tapi jauh di sudut hati pasti akan turut rasa kehilangan, turut akan rasa kerinduan terhadap gelak tawanya, senyuman dan raut wajahnya, kalau tidak sekarang lambat laun akan tersentuh juga. Bukan dia aje yg pergi, hati saya turut dibawa sama. Bohonglah saya kalau menafikan hal itu.

    Anyway, selamat berpindah, pohon ampun segala dosa & pls keep in touch with us.

    ReplyDelete
  2. Selamat Maju Jaya Kak Peah..kak peah sememangnya seorang yang berdedikasi dan tegas dalam menjalankan tugas...kami akan merindui dan akan terasa kehilangan kak peah...Jangan lupa kita masih berjiran!!!

    ReplyDelete