Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Monday, February 1, 2010

TAHNIAH Jawatankuasa baru PIBG sesi 2010/2011

Tahniah di atas perlantikan jawatankuasa baru PIBG SK Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini. Tahniah sekali lagi ditujukan khas buat Yang Di-Pertua PIBG, Encik Rahmat b. Abd Mutalib
kerana dilantik semula atas kepercayaan penuh ahli-ahli PIBG menerajui kepimpinan AJK PIBG sesi 2010/2011.

TAHNIAH.

3 comments:

  1. Saya berharap tahun 2010 akan membawar sinar baru untuk murid2 SKS7 menjadi pelajar cemerlang. Sehubungan daripada itu, saya dapati guru2 especially yang mengajar anak saya di tahun 2 Dedikasi kurang memberi kerja rumah pada murid bagi meastikan murid memahami apa yang telah diajar. Saya ingin tegaskan disini saya akan memastikan waktu untuk saya menyemak aktiviti pembelajaran anak2 saya setiap hari. Tapi malangnya sehingga berakhir bulan pertama tidak banyak kerja rumah yang diberikan pada murid2. Saya akan pastikan anak saya membuat latihan tambahan daripada buku latihan yang diberi diluar Saya percaya dengan adanya kerja rumah untuk murid2 mereka akan lebih berdaya saing dan berlajar erti tangungjawab sebagai seorang murid. Selain itu Ibu bapa dapat mengetahui apa yang diperlajari oleh anak mereka dan pada masa yang sama ibu bapa dapat membantu kearah kecermerlangan anak2.
    Sekian..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas komen dan perhatian Puan.Syabas saya ucapkan kerana Puan adalah salah seorang di antara ibu bapa yang prihatin terhadap pelajaran dan perkembangan anak2 Puan di sekolah.InsyaAllah kami akan cuba sedaya-upaya menggalas tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami ini.Dengan adanya ibu bapa seperti Puan dan sokongan dari ibu bapa yang lain,kami yakin kami akan lebih bersemangat menjalankan tanggungjawab kami dalam membantu apa yang termampu ke arah kecemerlangan anak-anak kita.
    Akhir kata, tahniah kepada Encik Rahmat yang diberi kepercayaan sekali lagi menerajui PIBG buat tahun yang ke-2 dan juga kepada teman-teman AJK yang lain.
    ~Nurhayati

    ReplyDelete
  3. Pemuafakatan Tahun 6 menjemput semua Ibu Bapa murid-murid SKS7 datang pada 20/02/'10 jam 3:30~5:30 ptg ke Sukan Rakyat bersama Guru-guru.
    Objektif:
    1/Merapatkan hubungan antara Ibu Bapa & Guru-guru.
    2/Mengambil tahu aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kebaikan utuk semua pihak Ibu Bapa,Guru & Sekolah

    ReplyDelete