Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Saturday, October 29, 2011

Meriahnya Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011

MERIAH!!!....begitulah andaian yang dapat dinyatakan kepada Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011 yang telah berlangsung pada 29/10/2011. Terima kasih kepada murid-murid, ibubapa/penjaga, guru-guru, bekas murid SKS7, peniaga-peniaga, pasukan band dan penyanyi jemputan serta masyarakat setempat yang menjayakan karnival ini.Beriadah sambil beramal, itulah slogan yang berjaya menarik pengunjung ke Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011. TAHNIAH !!!!



Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011 meriah....02





Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011 meriah....03





Foto Sambutan Hari Kanak-kanak SKS7 - 28/10/2011





Friday, October 28, 2011

Kemuncak Karnival Aerobikton PIBG SKS7 2011

Tuan Puan dijemput hadir ke Karnival Aerobikton SKS7 & PIBG pada;

29 Oktober 2011
Sabtu
7:30pagi ~ 2:00petang

Banyak aktiviti menarik telah disusun-atur;
- Acara Senamrobik
- Rumah Hantu
- Car Boot Sale
- Jualan makan minum
- Tayangan Amal
- Menunggang Kuda
- dan beberapa permainan lain

Semua pembayaran penyertaan akan menggunakan sistem kupon. Kupon telah mula dijual mulai sekarang sehingga hari kemuncak. Satu set kupon bernilai RM5.00.

Semua murid, ibubapa serta masyarakat setempat dijemput hadir untuk memeriahkan hari tersebut.

Sambutan Hari Kanak-kanak 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah akan disambut pada 28/10/2011 (Jumaat). Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memenuhi sambutan kali ini. Antara aktiviti yang dirancang ialah jemputan maskot Si Pintar dari majalah Kuntum serta persembahan murid-murid. Pada hari berkenaan juga Tokoh Murid akan diumumkan.

Thursday, October 6, 2011

Kem Bestari Solat Kali Ke 4

Kem Bestari Sekolah (KBS) Kali ke 4 merupakan kem KBS terakhir bagi tahun ini kepada murid-murid beragama Islam Tahun 1, 2, 3 dan 4. Semua murid yang beragama Islam diwajibkan menyertai kem ini kerana ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan program j-QAF. KBS akan dilaksanakan pada 8 Oktober 2011 (Sabtu) mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Alatan yang perlu dibawa : buku aktiviti KBS, alat tulis dan pensel warna.
Pakaian : Lelaki (baju sukan, bersongkok & berselipar), Perempuan (baju sukan, bertudung, berselipar & telekong)