Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, June 28, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia akan dijalankan pada 2 Julai 2011, Sabtu di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. SKS7 adalah antara 10 buah sekolah terpilih menyertai pelancaran larian serentak di peringkat negeri.Semua murid Tahap 2 dijemput menyertai larian ini bersama-sama guru-guru SKS7. Walaubagaimanapun sekiranya murid Tahap 1 ingin menyertai sila datang bersama ibu bapa masing-masing.Semua peserta dikehendaki berada di Dataran Kemerdekaan seawal 6.30 pagi untuk pendaftaran. Ibu bapa juga dijemput menyertai larian ini. Difahamkan setiap murid akan diberi sijil penyertaan peringkat kebangsaan kerana mencipta rekod guiness. Jom lari....

Thursday, June 23, 2011

Gotong Royong Perdana

Gotong royong perdana anjuran bersama SK Seksyen 7 dan PIBG akan dijalankan pada 25/6/2011 (SABTU). Surat pekeliling berkaitan program dan jemputan telah diedarkan kepada ibubapa melalui anak masing-masing. Sila hadir ke sekolah seawal jam 7.30 pagi dan berpakaian sukan atau yang bersesuaian untuk kerja-kerja gotong royong. Antara kerja yang akan dijalankan ialah mengecat dewan terbuka, menanam pokok, menebang pokok (dengan kerjasama MBSA) dan kerja-kerja lain yang akan dinyatakan oleh penyelaras program pada pagi tersebut. Program dijangka tamat jam 11.30 pagi. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan amat dihargai.

Hari Terbuka SKS7 dan kutipan sumbangan PIBG SKS7

Ibu bapa dijemput ke hari terbuka sekolah pada 24/6/2011(JUMAAT) untuk bertemu dengan guru-guru anak tuan/puan di kelas masing-masing. Hari terbuka ini adalah bertujuan untuk menyampaikan keputusan peperiksaan pertengahan tahun serta ujian bulan Mac yang lalu.Pada hari tersebut juga PIBG mengambil kesempatan untuk membuat kutipan sumbangan PIBG (RM50.00 bagi satu keluarga). Kaunter akan dibuka di ruang dewan terbuka. Sila buat sumbangan tersebut kepada AJK PIBG yang bertugas pada hari tersebut.