Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Friday, February 25, 2011

Surat siaran Peperiksaan & Ujian bagi tahun 2011

Surat siaran ini telah diedarkan pada 24/2/2011 kepada semua ibubapa untuk memaklumkan tentang ujian & peperiksaan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2011. Diharap semua ibubapa telah menerima surat ini daripada anak masing-masing. Untuk memudahkan ibubapa , disini disertakan isi kandungan surat tersebut.

Naib Johan Pertandingan Bercerita Tahap 2 Zon MBSA 1

Tahniah kepada Siti Aisyah daripada Tahun 5 kerana mendapat naib johan bagi pertandingan bercerita Tahap 2 Zon MBSA 1 yang berlangsung di SK Seksyen 18 Shah Alam pada 23 Februari 2011. Beliau akan bertanding lagi di peringkat daerah di SK Bandar Anggerik Shah Alam pada 24 Mac 2011. Sama-sama kita doakan kejayaan beliau.

Saturday, February 19, 2011

Foto Sambutan Maulidur Rasul SKS7





Perlantikan Puan Moly Nazima Bt Rosli sebagai AJK PIBG SKS7 2011/2012

Mesyuarat AJK PIBG Pertama bertarikh 14 Februari telah menerima perletakan jawatan Tuan Sayed Alwee sebagai AJK PIBG bagi sesi 2011/2012 diatas komitmen beliau kepada pendidikan lanjutan PhD dan masalah keluarga beliau. PIBG mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan yang telah beliau berikan selama menjadi AJK PIBG sepanjang tahun 2009 dan 2010. Jasa dan budi baik tuan amat dihargai. Sehubungan dengan itu , Yang Dipertua PIBG dan AJK PIBG bersetuju sebulat suara melantik Puan Moly Nazima Binti Rosli sebagai AJK PIBG SKS7 sesi 2011/2012 mulai tarikh 15/2/2011 (Sila rujuk perkara 16 Perlembagaan PIBG - perlantikan AJK PIBG). Tahniah di atas perlantikan tersebut.

Wednesday, February 9, 2011

Terima Kasih MBSA

Pihak sekolah dan PIBG SKS7 Shah Alam merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah bertindak menutup semula longkang yang terbuka akibat daripada kecurian besi penutup longkang tersebut awal tahun ini. Keperihatinan pihak MBSA kepada keselamatan awam terutama kepada kanak-kanak sekolah amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


Wednesday, February 2, 2011

PERLEMBAGAAN PIBG

Berikut adalah isi kandungan perlembagaan PIBG untuk rujukan semua ahli PIBG SKS7. Tuan/Puan boleh download perlembagaan tersebut.Sila klik Perlembagaan PIBG