Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Sunday, October 24, 2010

Foto Hari Kokurikulum SKS7







Hari Kokurikulum SK Seksyen 7 telah berlangsung pada 23 Oktober 2010(Sabtu). Tahniah kepada semua yang terlibat dengan hari kokurikulum ini. Antara aktiviti yang menarik pada hari tersebut ialah flying fox, paintball, masakan rimba dan gubahan bunga.

Terima kasih kepada YDP PIBG, Encik Rahmat yang telah merasmikan hari kokurikulum ini, AJK PIBG SKS7, Guru Besar SKS7, Puan Hjh Che Dah, barisan penolong kanan, guru-guru, jurulatih-jurulatih dari Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, murid-murid serta mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan Hari Kokurikulum SKS7 2010.

Foto Hari Kokurikulum 2010





Friday, October 22, 2010

Kem Bestari Solat ke-4

Kem Bestari Solat ke-4 akan diadakan pada 23.10.10 (Sabtu). Murid-murid yang terlibat hendaklah memakai pakaian sekolah. Kem tersebut akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Surat berkaitan kem telah diberi kepada murid-murid yang berkenaan. Walaupun dalam surat bekenaan menyatakan kem tersebut dijangka habis pada jam 12.30 tetapi pentadbiran sekolah menganggarkan kem ini tamat pada jam 12.00 tengah hari. Oleh yang demikian ibubapa bolehlah datang ke sekolah untuk mengambil anak tuan/puan pada jam 12.00 tengah hari. Harap maklum...

Thursday, October 21, 2010

Hari Kokurikulum 2010

Hari Kokurikulum SKS7 akan dijalankan pada hari Sabtu,23 Oktober 2010. Beberapa aktiviti telah diatur yang bertujuan menguji kemahiran dan pengetahuan ahli-ahli badan beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah, Kadet Remaja Sekolah & Puteri Islam.

Friday, October 15, 2010

Sambutan Hari Kanak-kanak 2010






Sambutan Hari Kanak-kanak 2010 peringkat Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam telah dijalankan pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) dirasmikan oleh Encik Rahmat Abd Mutalib, Yang Dipertua PIBG. Antara aktiviti dijalankan pada hari ini termasuk ucapan daripada YDP PIBG, Ucapan Guru Besar, persembahan daripada murid-murid dan penganugerahan tokoh kanak-kanak. Siti Nuralisya telah dinobatkan sebagai Tokoh Kanak-kanak 2010. TAHNIAH & SYABAS !!!!

Thursday, October 7, 2010

Kem Kepimpinan dan Jati Diri

Kem tersebut akan dijalankan mulai 8/10 hingga 9/10 melibatkan 200 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 6, Tahun 5 & Tahun 4. Antara objektif kem ini adalah untuk memberi peluang kepada murid memupuk bakat kepimpinan melalui gerak kerja berpasukan dan individu dalam unit yang disertai. Kem yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum ini akan dikendalikan oleh semua guru di sekolah ini. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah ceramah kepimpinan, latihan dalam kumpulan, jalan lasak, senam robik dan senandung malam. Diharapkan kem ini akan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sunday, October 3, 2010

SKS7 Dalam Akhbar Hari Ini - 3/10/2010



Berita berkenaan dengan Program Bacaton 2010 & Jamuan Hari Raya mendapat liputan dalam dua akhbar utama negara hari ini, 3 Oktober 2010 . Akhbar Mingguan Malaysia di muka surat 19 & Sinar Harian di muka surat Sentral S5. Tahniah SKS7.....

Saturday, October 2, 2010

Foto Bacaton & Jamuan Hari Raya PIBG SKS7





Program Bacaton & Jamuan Hari Raya PIBG 2010






Program bacaton dan jamuan hari raya telahpun dilaksanakan. Terima kasih di atas sambutan daripada ibu bapa, guru-guru serta murid-murid sekelian. Terima kasih jua diucapkan kepada Tuan Nasirrahman bin Hj Saad Khiruddin, Setiausaha Keselamatan Negeri, majlis Keselamatan Negara, Negeri Selangor di atas kesudian tuan merasmikan majlis bermakna ini.