Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, August 24, 2010

Tabung Tumor Saraf Tunjang - ADAM

PIBG bersimpati dengan keadaan adik Adam Bin Akbar Ali (Tahun 2 Bestari) dan keluarganya kerana Adam mengidap penyakit tumor(ketumbuhan) saraf tunjang. Pembedahan pertama telah dibuat dan pembedahan susulan perlu dilaksanakan. Kos untuk rawatan susulan dianggarkan sebanyak RM140,000. Rawatan akan dibuat di salah sebuah hospital pakar di Singapura. Bapa kepada Adam merayu bantuan daripada pihak sekolah dan PIBG bagi mengisi tabung ini. Mesyuarat AJK PIBG kali ke empat bertarikh 14 Ogos 2010 bersetuju untuk menyebarluaskan maklumat untuk mengisi dana yang diperlukan.Pihak sekolah pula telah seminggu menggerakkan tabung bantuan ADAM dari kelas ke kelas. Wang yang terkumpul nanti akan diberikan kepada keluarga berkenaan.

Sekiranya ada di kalangan ibu bapa yang ingin menyumbang terus kepada keluarga berkenaan sila salurkan ke akaun MAYBANK 512101054830 AKBAR ALI BIN MOHAMED NOORDIN.Sumbangan anda amat dihargai.Sekiranya ada yang ingin mengetahui keadaan Adam sila kunjung di alamat sesawang http://adamstumor.blogspot.com



GAMBAR ADAM BERSAMA KELUARGA DAN SEMASA RAWATAN PERTAMA DI SINGAPURA

Monday, August 23, 2010

Pemberitahuan Persekolahan Semasa Peperiksaan UPSR 2010

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dijalankan mulai 21 September hingga 23 September 2010 (Selasa - Khamis). Sehubungan dengan itu untuk mengawal disiplin semasa peperiksaan UPSR hanya murid-murid berikut sahaja yang perlu hadir ke sekolah selain murid Tahun 6 yang mengambil peperiksaan.

21/9 (Selasa) : Murid Tahun 4 & Tahun 2 sahaja
22/9 (Rabu) : Murid Tahun 4, 5 & Tahun 2, 3
23/9 (Khamis) : Murid Tahun 5 & Tahun 3 sahaja

Murid-murid Tahun 1 direhatkan sepanjang UPSR dijalankan. Ini adalah kerana sebanyak 14 kelas akan digunakan bagi menampung keperluan murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan tahun ini.

Surat siaran berkenaan perkara ini telahpun diedarkan kepada ibubapa. Harap maklum.

Wednesday, August 18, 2010

Solat Hajat & Bacaan Yaasin Perdana

Solat Hajat & Bacaan Yaasin Perdana untuk murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 2 September 2010 (Khamis malam Jumaat). Program ini akan dipenuhi dengan berbuka puasa, solat maghrib dan isyak berjemaah, solat hajat, bacaan yaasin serta solat tarawikh berjemaah. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon semua ibubapa terutama ibubapa yang anaknya bakal menduduki peperiksaan UPSR 2010 hadir dalam majlis ini. Sumbangan berbentuk kewangan daripada ibubapa amat diharapkan dan dihargai bagi menjayakan program ini. Sila sampaikan sumbangan anda melalui anak tuan/puan kepada guru kelas masing-masing.

Surat siaran Ujian Bulan Ogos 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan


YDP PIBG, Encik Rahmat telah dijemput melancarkan bulan kemerdekaan pada 14 Ogos 2010 (Sabtu). Pelbagai aktiviti telah diatur bagi memenuhi bulan kemedekaan ini seperti pertandingan membina monumen 1 Malaysia, pertandingan melukis poster kemerdekaan, pertandingan sajak patriotik dan sebagainya. Dengan aktiviti-aktiviti ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik murid-murid SKS7.

Thursday, August 12, 2010

Tahniah SKS7



Kejayaan dikecapi oleh murid-murid SKS7 apabila menggondol Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan bercerita anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam baru-baru ini.
Selain itu SKS7 juga menggondol anugerah Kecemerlangan Program Dakwah, Peringkat Sekolah Rendah oleh Jabatan Pelajaran Selangor pada 5 Ogos 2010 di SAMT Sultan Hishamuddin, Klang.
Terdahulu, beberapa kejayaan SKS7 pada tahun 2009 dalam bidang kokurikulum melayakkan sekolah ini mendapat Anugerah Kualiti Peringkat Daerah Petaling Perdana bagi Tahun 2009. Untuk tahun 2010 sekali lagi SKS7 mendapat anugerah yang sama. Ini bermakna SKS7 telah menerima anugerah selama 3 tahun berturut-turut. TAHNIAH!!!!

Tahniah sekali lagi.