Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Tuesday, July 27, 2010

Sunday, July 25, 2010

Minggu Pusat Sumber SKS7

Minggu Pusat Sumber SKS7 akan dijalankan mulai 26 Julai hingga 30 Julai 2010. Berikut adalah jadual aktiviti sepanjang Minggu Pusat Sumber.

Isnin (26/7) - Aktiviti Panitia Bahasa Malaysia
Selasa (27/7) - Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris
Rabu (28/7) - Aktiviti Panitia Matematik
- Aktiviti Panitia Sains
Khamis (29/7) - Sesi Fotografi Sekolah
- Aktiviti Panitia Kajian Tempatan
- Aktiviti Panitia Pendidikan Muzik
Jumaat (30/7) - Aktiviti Panitia Agama Islam
- Aktiviti Panitia Pendidikan Seni Visual

Masa aktiviti telah ditentukan oleh pihak pentadbir bagi kedua-dua sesi persekolahan.
Sesi fotografi kelas akan dijalankan dan murid boleh membeli gambar kelas mereka sekiranya berminat. Surat berkaitan dengan sesi fotografi telahpun diedarkan oleh pihak sekolah.

Lawatan Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Satu lawatan sambil belajar ke Melaka akan dijalankan pada 31 Julai 2010 (Sabtu) . Lawatan satu hari ini dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SKS7. Murid-murid yang akan mengikuti lawatan ini adalah terdiri daripada murid Tahun 5 hingga Tahun 2 sahaja.

Perkhemahan Unit Beruniform SKS7

Perkhemahan tersebut akan diadakan pada :
Tarikh : 6 - 7 Ogos 2010
Hari : Jumaat & Sabtu
Tempat : Kem El-Azzhar , Morib, Selangor
Jumlah peserta kem (murid) : 80 orang

Semua guru dan AJK PIBG dijemput menghadiri Upacara Perasmian Penutup Perkhemahan Unit Beruniform SKS7 yang dijangka akan dijalankan pada jam 12.00 tengah hari, 7 Ogos 2010 (Sabtu).

Kejohanan 2nd ASEAN School Games 2010 - 2nd ASG 2010

SKS7 menerima jemputan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet Malaysia dalam Kejohanan 2nd ASEAN School Games 2010 yang berlangsung di Stadium Majlis Sukan Negara , Bukit Jalil. Murid-murid sekolah yang dipilih telah ke lokasi berkenaan mulai 15 hingga 18 Julai 2010.

Tuesday, July 20, 2010

Program Bacaton Bermula


Selepas pelancaran Program Bacaton 2010, pihak sekolah mengambil inisiatif menggiatkan program sedia ada iaitu Program NILAM. Murid-murid dikehendaki membawa sebuah buku untuk dibaca di dataran perhimpunan setiap pagi mulai jam 7.20 - 7.35 pagi. Program ini selari dengan Program Bacaton 2010 yang menggalakkan murid-murid banyak membaca buku serta membuat catatan bacaan sebagai bukti murid membaca bahan bacaan tersebut. Ibubapa juga digalakkan memantau anak mereka membaca di rumah dan membuat catatan bacaan sepanjang program ini dijalankan. Pembaca terbanyak sepanjang Program Bacaton ini pasti akan mendapat ganjaran hadiah yang akan disediakan pada hari kemuncak Program Bacaton nanti.
SELAMAT MEMBACA.....

Wednesday, July 14, 2010

Kem Insaniah 2010

Kem tersebut telah dan akan dijalankan pada 9-10 Julai dan 16-17 Julai 2010 yang melibatkan murid-murid tahun 6. Antara pengisian kem ialah tahsin solat, qiamullail dan ceramah agama. Semua guru agama SKS7 terlibat dalam kem ini. Semoga dengan penyertaan murid-murid dalam kem ini memberi kesedaran pentingnya agama dalam kehidupan sehari-hari.

Saturday, July 3, 2010

Pelancaran Bacaton 2010


Program Bacaton 2010 anjuran PIBG SKS7 telah selamat dilancarkan hari ini, 3 Julai 2010. Program ini akan berlangsung selama 3 bulan yang melibatkan penyertaan murid dalam program membaca serta kutipan dana daripada kalangan ahli PIBG. Kad kutipan akan diedarkan sebaik sahaja kad tersebut siap dicetak. Kerjasama daripada semua ahli untuk mengumpul dana bagi mencapai objektif program amat diharapkan.

Thursday, July 1, 2010

PELANCARAN PROGRAM BACATON 2010 & HARI TERBUKA SKS7

3 Julai 2010, Sabtu telah dipilih oleh Jawatankuasa PIBG untuk melancarkan Program Bacaton 2010 anjuran PIBG bagi tujuan mengisi tabung PIBG dan aktiviti-aktiviti sekolah sepanjang tahun 2010 dan 2011. Kemuncak Program Bacaton 2010 akan dijalankan pada 2 Oktober 2010 nanti. Kerjasama daripada ibubapa merealisasikan objektif program amat diharapkan.

Hari tersebut juga merupakan Hari Terbuka SKS7 yang akan dilaksanakan selepas majlis pelancaran dijalankan. Selain daripada itu , Jawatankuasa PIBG mengambil inisiatif membuka kaunter bayaran sumbangan PIBG di bilik operasi PIBG. Bilik tersebut adalah bersebelahan dengan Bilik Kokurikulum ,tingkat bawah Blok D. Ibubapa yang ingin melunaskan bayaran sumbangan PIBG berjumlah RM50.00 satu keluarga ,bolehlah berurusan dengan AJK PIBG yang bertugas pada hari itu.