Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Sunday, June 27, 2010

Latihan Kebakaran SKS7

Latihan kebakaran (Fire Drill) telah dilaksanakan pada 2/6/2010 dan 24/6/2010 adalah bertujuan untuk memastikan murid, guru dan warga SKS7 cekap bergerak ke lokasi selamat jika berlaku kecemasan terutama kebakaran. Latihan ini adalah amat perlu agar keselamatan warga SKS7 terjamin. Disamping itu, pihak pentadbiran dapat merangka beberapa penambahbaikan kepada sistem keselamatan yang sedia ada supaya lebih efisyen dan praktikal. Mengikut perancangan latihan kebakaran akan dilaksanakan sekali lagi sebelum akhir penggal persekolahan.Syabas warga SKS7 kerana dapat menepati waktu dan pergerakan yang lancar semasa latihan dijalankan.

SELAMAT DATANG KE SKS7

PK Koku Encik Khalil Anuar (Gambar)

Warga SKS7 dan PIBG SKS7 mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada Encik Khalil Anuar B Mohd Rejab yang dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Kanan Ko Kurikulum yang baru di sekolah kita. Sebelum ini beliau bertugas di Sekolah Kebangsaan Sungai Terap, Tanjung Karang. Ucapan selamat datang juga ditujukan kepada Ustaz Mohd Amin B Bahari. Beliau mengajar di sesi petang. Sebelum ke SKS7 beliau bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama.