Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Monday, May 31, 2010

Perpindahan GPK Kokurikulum




SKS7 kehilangan seorang lagi guru berdedikasi, Puan Dayang Raniah (Penolong Kanan Kokurikulum)yang akan berpindah ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dengan menjawat jawatan Pegawai Teknikal Sukan, Unit Sukan, Jabatan Pelajaran Selangor mulai 1 Jun 2010. Cikgu Dayang merupakan antara guru yang terawal mengajar di SKS7. Sepanjang perkhidmatan beliau di sekolah ini, banyak kejayaan yang dikecapi oleh sekolah terutama sekali dalam bidang sukan. Majlis perpisahan telah diadakan pada 31 Mei 2010. Selamat Maju Jaya.....

Perpindahan GPK Kokurikulum

Sekolah kehilangan seorang lagi guru berdedikasi, Puan Dayang Raniah (Penolong Kanan Kokurikulum)yang akan berpindah ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dengan menjawat jawatan Pegawai

Sunday, May 23, 2010

Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun SKS7 (PKSR 1)

Berikut adalah jadual peperiksaan bagi Tahun 4 & 5. Jadual peperiksaan bagi Tahun 6 ada sedikit perbezaan kerana peperiksaan akan dijalankan serentak dengan sekolah-sekolah lain dalam Daerah Petaling dan kertas peperiksaannya setara. Manakala bagi Tahun 1 , 2 & 3 hanya terdapat sedikit perbezaan (tidak termasuk mata pelajaran pilihan).

ISNIN (24/5) - BAHASA MALAYSIA 1 & 2 , PENDIDIKAN MUZIK
SELASA (25/5) - BAHASA INGGERIS 1 & 2 , KAJIAN TEMPATAN
RABU (26/5) - MATEMATIK 1 & 2
KHAMIS (27/5) - SAINS, EJAAN, SPELLING
ISNIN (31/5) - SIVIK , PENDIDIKAN SENI VISUAL

Sila rujuk jadual peperiksaan anak tuan/puan untuk mendapat maklumat yang terperinci.

Tuesday, May 18, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun ( PKSR1)

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan mulai 24 Mei 2010 sehingga 31 Mei 2010. Jadual peperiksaan telahpun diedarkan kepada semua murid. Sila semak jadual peperiksaan anak tuan/puan. Semoga berjaya.......

Selamat Hari Guru

Hari Guru Peringkat Kebangsaan telah disambut pada 16 Mei 2010. Tema Hari Guru tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa. SKS7 akan mengadakan sambutan hari guru pada 21 Mei 2010 (Jumaat) . Pelbagai program telah diatur bagi mengisi sambutan tersebut. SELAMAT HARI GURU......

Tuesday, May 11, 2010

Gotong royong Perdana SKS7

Gotong royong Perdana Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 akan dijalankan pada 15 Mei 2010, Sabtu mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Gotong royong ini dijalankan sempena menyambut perayaan Hari Guru dan dijalankan di seluruh negara serentak.
Kerjasama daripada ibu bapa dan murid-murid amat diharapkan agar gotong royong ini mencapai sasaran serta objektifnya.