Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Monday, March 29, 2010

Kejayaan SKS7

Sk Seksyen 7 sekali lagi meletakkan nama dipersada dengan memenangi Kejohanan Merentas Desa Daerah Petaling Perdana yang berlangsung di Taman Pertanian Shah Alam baru-baru ini seterusnya menjadi Johan Keseluruhan Merentas Desa MSSD.
Tahniah sekali lagi !!!!
Namun begitu permata SKS7 iaitu Norazira (Tahun 5 Efektif) , peserta gimnastik sekolah ini yang telah menduduki tempat ke tiga di peringkat kebangsaan telah dipilih dan berpindah ke Sekolah Sukan Bukit Jalil oleh Majlis Sukan Negara. Sekolah kehilangan seorang lagi murid yang telah menaikkan nama sekolah ini.Walaubagaimanapun diucapkan tahniah dan selamat maju jaya dalam bidang gimnastik pada masa akan datang kepada beliau...

Friday, March 12, 2010

Puan Rafeah (PK HEM) Berpindah Sekolah


Puan Rafeah telahpun berpindah ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 , Shah Alam dengan menjawat jawatan yang sama (PK HEM). Terima kasih di atas sumbangan-sumbangan Cikgu Rafeah kepada SK Seksyen 7 sebelum ini. Cikgu Rafeah adalah antara guru yang terawal mengajar di SK Seksyen 7. SK Seksyen 7 kehilangan seorang guru yang penuh dedikasi dan bersemangat seperti Cikgu Rafeah. Diucapkan selamat maju jaya di tempat baru.

Bayaran Sumbangan PIBG

Bayaran Sumbangan PIBG bolehlah dijelaskan melalui guru kelas anak-anak tuan/puan mulai 3 Mac 2010. Berikut adalah jumlah yang perlu dijelaskan :
1. Sumbangan PIBG (Satu keluarga seorang sahaja) - RM50.00
2. Khidmat Pengawal Lalulintas (setiap murid)- RM5.00
3. Pelbagai - Hari Anugerah Kecemerlangan dan Hari Kanak-kanak (setiap murid) - RM 5.00
Jumlah yang perlu dijelaskan RM60.00. Bagi murid yang telah membayar Sumbangan PIBG hanya perlu bayar RM10.00 sahaja.

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah menjelaskan bayaran tersebut. Dengan adanya sumbangan daripada tuan/puan, PIBG akan lebih memainkan berperanan untuk membantu pihak sekolah merealisasikan misi dan visi sekolah. Sumbangan tuan/puan amat dihargai.

Wednesday, March 10, 2010

Kem Ibadah Tahun 6 sempena UPSR 2010

Kem tersebut yang akan dijalankan pada hari Jumaat malam Sabtu (12/3/2010) melibatkan semua murid Tahun 6. Ibu bapa adalah dijemput untuk bersama-sama menghadiri kem ini yang akan bermula jam 6 petang (Jumaat) hingga jam 8.00 pagi (Sabtu). Antara pengisiannya ialah Qiamullail yang akan diadakan pada awal pagi Sabtu.

SKS7 SHAH ALAM JUARA!!!!!!

SYABAS !!!!! SK Seksyen 7 Shah Alam sekali lagi menjadi JOHAN KESELURUHAN bagi Sekolah Rendah dalam Kejohanan Olahraga MSSD Daerah Petaling Perdana. Acara yang dipertandingkan meliputi acara padang dan balapan. Juga ucapan tahniah ditujukan kepada murid SKS7 bernama Amirah Nabilah kerana dinobatkan sebagai Olahragawati Tahun 5 dan seterusnya Olahragawati Keseluruhan MSSD Petaling Perdana. Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada barisan guru SKS7 , Cikgu Zainal dan rakan-rakan yang bertungkus lumus menjadikan impian mengangkat nama baik sekolah dimata masyarakat dan pendidikan terutama di Daerah Petaling.

Satu lagi kejayaan yang ditempa oleh SKS7 ialah menerusi acara gimnastik. Noraziera, murid tahun 5 telah memenangi lima emas dalam disiplin gimnastik yang diceburi olehnya. Kali ini diperingkat MSSS Negeri Selangor. Beliau seorang lagi permata yang berharga buat SKS7 yang telah menaikkan nama sekolah kita.

TAHNIAH!!! TAHNIAH!!!! TAHNIAH!!!!!

Tuesday, March 9, 2010

Kem Bestari Solat

Kem tersebut akan dijalankan pada 22 Mac 2009 (Isnin). Surat pekeliling kepada ibu bapa akan diedarkan sebelum cuti sekolah. Kepada murid-murid perempuan Islam dikehendaki membawa telekungnya sendiri dan bertudung . Manakala murid-murid lelaki Islam memakai songkok. Jangan lupa selipar. Murid-murid bukan Islam akan disediakan aktiviti untuk mereka oleh guru-guru berkenaan. Hanya murid-murid sesi petang sahaja yang terlibat dalam kem ini.

Selamat Datang Pengarah baru Jabatan Pelajaran Selangor


Yang Berbahagia Dr. Zahari (mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Selangor) telah dinaikkan pangkat ke Kementerian Pelajaran Malaysia dan tempat beliau telah diganti dengan Yang Berbahagia Tuan Sulaiman Bin Wak. Persatuan Ibu Bapa-Guru , SK Seksyen 7 Shah Alam mengucapkan selamat datang ke Selangor kepada Yang Berbahagia Tuan Sulaiman ( seperti gambar di atas)

Kejohanan Olahraga Daerah Petaling Perdana

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 telah diamanahkan menjadi Pengerusi Pengelola Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Petaling Perdana. Sepanjang dua minggu kejohanan tersebut berlangsung di Stadium Panasonic Seksyen 24 Shah Alam (mulai 1 Mac hingga 9 Mac 2010). Beberapa orang guru terlibat secara langsung dalam kejohanan ini. Kita menghantar beberapa atlet sekolah bagi kejohanan ini.Semoga Berjaya....