Laman Informasi Aktiviti PIBG & Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Shah Alam

Wednesday, February 24, 2010

Tahniah Program Tahun 6

Segulung tahniah kepada jawatankuasa pemuafakatan tahun 6 kerana telah menjalankan aktiviti motivasi kepada murid-murid tahun 6. Dalam minggu ini sahaja kita dapat lihat beberapa kelompok kecil murid berkumpul di hadapan seorang jawatankuasa. Ustaz Lutfee, Encik Lokman, Encik Amiluddin antara individu yang dilihat memberi motivasi kelompok kepada murid-murid ini. Tahniah sekali lagi atas inisiatif tuan.

Wednesday, February 17, 2010

Monday, February 15, 2010

Cuti Tahun Baru Cina

Sempena menyambut Tahun Baru Cina, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 bercuti selama 5 hari mulai 13 Feb 2010 (Sabtu) hingga 17 Feb 2010 (Rabu). Sekolah akan dibuka semula pada 18 Feb 2010 (Khamis). Selamat bercuti...

Monday, February 1, 2010

TAHNIAH Jawatankuasa baru PIBG sesi 2010/2011

Tahniah di atas perlantikan jawatankuasa baru PIBG SK Seksyen 7, Shah Alam baru-baru ini. Tahniah sekali lagi ditujukan khas buat Yang Di-Pertua PIBG, Encik Rahmat b. Abd Mutalib
kerana dilantik semula atas kepercayaan penuh ahli-ahli PIBG menerajui kepimpinan AJK PIBG sesi 2010/2011.

TAHNIAH.